Welcome to Bani Tenang Malaysia – Tenang Is Good

High Awareness & Peaceful Green

Bani Tenang Malaysia is a grassroots community that promotes calm, knowledge-based discussion about ganja / cannabis in Malaysia – no selling, no trafficking, only education, research vibes and harm-reduction awareness.

Kami hormat undang-undang Malaysia yang sangat ketat dan mengingatkan semua tentang risiko berat di bawah Akta Dadah Berbahaya, termasuk hukuman mati untuk pengedaran.

50+
Artikel, threads & infografik pendidikan
100%
Community & advocacy
2000+
Penyokong & followers seluruh Malaysia

Who We Are

Komuniti rakyat yang fight untuk reform Akta 39B & akses CBD medicines sah di Malaysia.

Bani Tenang Malaysia ialah komuniti santai yang percaya pada ilmu, bukan panik. We share balanced info about ganja – sejarah, potensi perubatan yang sedang dikaji, serta risiko kesihatan dan sosial – supaya orang ramai boleh faham isu ini dengan lebih tenang.

Kami bukan kedai online, bukan runner, bukan supplier. Our focus is ideas, discussion, and awareness – especially untuk anak muda yang mungkin nampak "green culture" di internet tapi tak sedar real-life consequences dekat Malaysia.

Matlamat Kami / Our Goals

Bani Tenang Malaysia mahu reform Akta 39B yang memberi hukuman mati untuk pengedaran dadah, dan buka jalan rasmi untuk ubat perubatan seperti CBD oil di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

Rakyat Malaysia berjuang untuk reform ganja
⛶ View Full
Kanabis Perubatan Malaysia
⛶ View Full

Reform Akta 39B

Tolak hukuman mati mandatori. Mahu hukuman adil yang bezakan pengguna kecil dengan pengedar besar, bukan hukuman sama untuk semua.

Ubat CBD Rasmi

Bawa CBD medicines dan cannabis perubatan lain masuk Malaysia secara legal melalui pendaftaran KKM & NPRA, bukan beli gelap atau import haram.

Kesedaran Rakyat

Kerajaan label ganja sebagai "dadah berbahaya" macam heroin, tapi kita tunjuk fakta: CBD oil bukan dadah, ia ubat untuk pesakit. Lawan stigma yang salah ini supaya rakyat faham hakikat.

Hak Pesakit

Lindungi pesakit yang perlukan CBD untuk sakit kronik, dengan rawatan berdaftar dan selamat, bukan kena tangkap.

Solidariti Tahanan

Berjuang untuk mereka yang dipenjara atau dihukum mati semata-mata kerana menggunakan ganja untuk tujuan perubatan – seperti kes Muhammad Lukman yang jadi pemangkin penubuhan Bani Tenang sejak 2020.

NGO Bebas Rakyat

Bani Tenang adalah NGO tidak berdaftar kerana kerajaan tidak benarkan pendaftaran menggunakan perkataan "kanabis". Kami terus bergerak bebas, bersuara tanpa takut, demi rakyat Malaysia.

Undang-undang Malaysia Sekarang

Di Malaysia, ganja diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya. Possession, cultivation, trafficking dan import / export dikawal ketat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan undang-undang berkaitan.

  • Memiliki sebarang jumlah ganja sudah boleh bawa kepada pertuduhan jenayah di bawah Seksyen 6 — rekod polis yang menjejaskan masa depan kerja dan travel.
  • Memiliki 200g ke atas ganja dianggap sebagai pengedaran (trafficking) di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 — hukuman mandatori hukuman mati.
  • Membawa ganja masuk atau keluar Malaysia, walaupun dari negara yang telah melegalkan, boleh menyebabkan tangkapan di kastam — tiada pengecualian.

So we keep it 100% legal: no selling, no buying, no shipping, no "order now" button. Just info, community, and tenang vibes.

Resources & Community

Join our online circle untuk discussion yang respectful dan chill. We share links to articles, research papers, news updates dan pengalaman peribadi – semua dengan fokus pada pendidikan, bukan promosi substance.

Educational Threads

Infografik dan threads pendek tentang sejarah ganja, istilah biasa, dan bagaimana negara lain regulate plant ini.

Support & Sharing

Ruang untuk ahli kongsi pandangan tentang stigma, kesan keluarga, dan cara bercakap dengan orang tersayang mengenai isu ganja dengan lebih matang.